Saturday, August 20, 2011

Majlis Berbuka Puasa SMKKJ 2011

Menghadiri Majlis Berbuka Puasa SMKKJ anjuran Kelab 3P yang telah 
berlangsung pada 16/8/2011 di SMK Khir Johari. Majlis dimulakan dengan 
bacaan yasin dan doa selamat pada pukul 6.50 di Surau Al-Hidayah. 
Selepas solat Maghrib hadirin dihidangkan dengan nasi beriani sebelum 
menunaikan solat Isyak dan Tarawikh. Pertengahan solat Tarawikh hadirin 
       disajikan dengan ceramah yang disampaikan oleh pensyarah dari UPSI.

Tuesday, August 2, 2011

SEKOLAH DALAM HOSPITAL


SEKOLAH DALAM HOSPITAL
Buat julung kalinya, pelajar dan kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di hospital terutama bagi tempoh yang lama akan terus diberikan hak untuk mendapat pendidikan secara formal melalui programSekolah Dalam Hospital yang dilancarkan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Julai 2011 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.