Thursday, September 22, 2011

Tempat Pertama Pertandingan CD Koperat Anjuran Sekolah Bitara UPSI

Menerima hadiah tempat pertama daripada Timbalan Dekan Seni, Pengkomputeraan & Industri Kreatif Dr Maizatul Hayati Bt Mohamad Yatim di Panggung Budaya UPSI pada 20/9/2011. Tahniah kepada pelajar yang terlibat iaitu Mohammad Shahmi Aiman, Muhammad Nazrin, Muhammad Azrul Fahmie dan Muhammad Nazafe.

Saturday, August 20, 2011

Majlis Berbuka Puasa SMKKJ 2011

Menghadiri Majlis Berbuka Puasa SMKKJ anjuran Kelab 3P yang telah 
berlangsung pada 16/8/2011 di SMK Khir Johari. Majlis dimulakan dengan 
bacaan yasin dan doa selamat pada pukul 6.50 di Surau Al-Hidayah. 
Selepas solat Maghrib hadirin dihidangkan dengan nasi beriani sebelum 
menunaikan solat Isyak dan Tarawikh. Pertengahan solat Tarawikh hadirin 
       disajikan dengan ceramah yang disampaikan oleh pensyarah dari UPSI.

Tuesday, August 2, 2011

SEKOLAH DALAM HOSPITAL


SEKOLAH DALAM HOSPITAL
Buat julung kalinya, pelajar dan kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di hospital terutama bagi tempoh yang lama akan terus diberikan hak untuk mendapat pendidikan secara formal melalui programSekolah Dalam Hospital yang dilancarkan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Julai 2011 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. 

Friday, July 29, 2011

Kem Kecemerlangan ICT 2011

Pantau aktiviti pelajar dalam Kem Kecemerlangan ICT Daerah Batang Padang bagi 
tahun 2011 di SMK Vokasional Slim River pada 29/7/2011. Seramai 65 orang pelajar 
dari 9 buah sekolah Dareah Batang Padang yang menawarkan subjek ICT terlibat.

Monday, July 18, 2011

Projek CD Koperat

Pelajar tekun menyiapkan CD Koperat SMK Khir Johari.Mereka terdiri dari 
pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 menyertai pertandingan menghasilkan 
CD Koperat SMKKJ anjuran UPSI.
Syahmi(1RK), Nadzrin(1AA), Nazafe(2RK), Azrul(2RK)

Friday, July 8, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang 2011

Kejohanan Balapan dan Padang 2011 pada hari Khamis 7/7/2011. Rumah Izzuddin sekadar merangkul Naib Johan. Atlit rumah Izzuddin jangan putus asa, kita cuba lagi tahun depan untuk merangkul juara! Kepada rumah Iskandar tahniah kerana merangkul juara! Hari Jumaat kejo cuti!

Saturday, July 2, 2011

Hari Koperasi


Perlawanan futsal antara guru dan pelajar
Bowling kelapa
Menyertai aktiviti Hari Koperasi pada 2/7/2011. Hari koperasi diadakan serentak 
dengan Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia dan Merentas Desa peringkat sekolah.

Sunday, June 26, 2011

Subjek Vokasional di sekolah dimansuhkan mulai tahun depan

KULIM: Mata pelajaran vokasional (MPV) akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi. 


Beliau berkata, langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.
"Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).

Thursday, June 23, 2011

Biasiswa pra-U dihenti


Sebagai ganti pelajar cemerlang SPM akan ditawarkan dermasiswa, pinjaman kerajaan


KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi diberikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian peringkat prauniversiti, termasuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), program asasi dan matrikulasi serta A-Level. 

KURSUS VIDEO KOPERAT BITARA UPSI

Bersama pelajar Mohd Syahmi Aiman 1RK dan Muhammad Nadzrin 1AA
Bergambar kenangan bersama peserta kursus dan pensyarah UPSI