Sunday, June 26, 2011

Subjek Vokasional di sekolah dimansuhkan mulai tahun depan

KULIM: Mata pelajaran vokasional (MPV) akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi. 


Beliau berkata, langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.
"Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).

Thursday, June 23, 2011

Biasiswa pra-U dihenti


Sebagai ganti pelajar cemerlang SPM akan ditawarkan dermasiswa, pinjaman kerajaan


KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi diberikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian peringkat prauniversiti, termasuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), program asasi dan matrikulasi serta A-Level. 

KURSUS VIDEO KOPERAT BITARA UPSI

Bersama pelajar Mohd Syahmi Aiman 1RK dan Muhammad Nadzrin 1AA
Bergambar kenangan bersama peserta kursus dan pensyarah UPSI